Hasrat beregu wanita nombor satu Malaysia, Pearly Tan dan M. Thinaah ke final China Open 2025 tidak kesampaian.
Ini selepas langkah mereka disekat beregu ketujuh dunia dari China, Jia Yi Fan dan Zhang Shu Xiang di peringkat separuh akhir.
Pearly-Thinaah berharap dapat meneruskan rentak cemerlang di China dengan mara ke pentas final. Meskipun begitu, mereka perlu menamatkan tiga kekalahan berturut-turut di tangan Yi Fan-Shu Xiang.
Ini termasuk kekalahan di peringkat suku akhir Singapore Open. Pearly-Thinaah memberi tentangan sengit sebelum tewas 21-14, 22-24, 14-21.
Yi Fan-Shu Xiang tampil garang pada set pertama. Permainan pantas dan dominan yang ditampilkan beregu China itu membolehkan mereka mendahului 11-5.
Meskipun Pearly-Thinaah cuba memberi tentangan, Yi Fan-Shu Xiang kekal unggul sebelum menang dengan keputusan 21-14.
Set kedua menyaksikan dominasi beregu China sukar digugat Pearly-Thinaah. Yi Fan-Shu Xiang terus mengekalkan penguasaan sebelum menang dengan keputusan 21-17.
Kekalahan Pearly-Thinaah menyaksikan harapan melihat wakil Malaysia beraksi di final kini digalas Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.
Beregu nombor dua dunia itu dijadual bertemu wakil India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dalam separuh akhir beregu lelaki.