Ketua jurulatih Selangor, Christophe Gamel menjangkakan aksi mencabar menentang DH Cebu dalam aksi Shopee Cup pada Rabu.
Ketika ini, Selangor berada di kedudukan teratas kumpulan A selepas berjaya mengumpul 4 mata dalam 2 aksi pertama Shopee Cup musim ini.
Kedudukan ini hasil daripada keputusan seri 1-1 ke atas wakil Thailand, Buriram United dalam aksi pembukaan Shopee Cup di halaman lawan pada Ogos lalu.
Selain itu, keputusan menang ke atas wakil Singapura, Tampines Rovers 4-2. Aksi tersebut menyaksikan jaringan daripada Zach Clough, Faisal Halim, Alvin Fortes dan gol sendiri pihak lawan, Yamashita.
Menurut Christophe Gamel, aksi ini akan menjadi sengit apabila bermain di tempat lawan dan beliau menyakinkan pasukan Selangor bakal mempersembahkan kualiti yang baik.
“Kami menjangkakan perlawanan yang sangat sukar akan ada banyak masa tambahan dan tekanan terutamanya kerana bermain di tempat lawan. Matlamat utama kami ialah menunjukkan apa yang kami ada. Kami mahu memberikan 200% tidak kira apa keadaan,” kata ketua jurulatih Selangor, Christophe Gamel ketika sidang media sebelum perlawanan menentang DH Cebu.
Selangor bakal berdepan cabaran wakil dari Filipina, DH Cebu dalam aksi ke-3 saingan Shopee Cup pada Rabu di Stadium Rizal Memorial.