Cristiano Ronaldo Ledak Gol Lipat Pada Usia 40 Tahun
MakanBola
Al-Nassr FC

Sepakan memukau Cristiano Ronaldo membantu Al-Nassr menewaskan Al-Khaleej 4-1 dalam aksi terbaru Saudi Pro League (SPL).

Meskipun kini berusia 40 tahun, itu tidak menghalang legenda Manchester United itu membuat sepakan menarik itu yang menewaskan penjaga gol lawan, Anthony Moris.

Sepakan Ronaldo itu membuatkan penyokong mengimbau memori gol sama yang dilakukannya semasa bersama kelab gergasi Itali, Juventus.

Legenda Portugal itu membuat sepakan memukau itu dalam aksi Liga Juara-Juara UEFA (UCL) ketika menentang satu lagi kelab lamanya, Real Madrid pada 2018.

Ronaldo kini berkongsi tempat kedua penjaring terbanyak liga dengan bekas penyerang Bournemouth, Joshua King menerusi sembilan gol. King yang pernah mewakili Manchester United kini beraksi untuk Al-Khaleej.

Selain Ronaldo, Joao Felix, Wesley dan bekas penyerang Liverpool, Sadio Mane turut mencetak nama sebagai penjaring. Murad Al-Hawsawi menyumbat gol saguhati buat Al-Khaleej.

Kemenangan ini menyaksikan Al-Nassr bukan saja mengekalkan rekod kemenangan 100% dalam liga. Malah, kelab itu terus mendahului SPL dengan 27 mata, empat mata di hadapan Al-Hilal.

Gol tersebut dilihat respon terbaik Ronaldo selepas dibuang padang dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 membabitkan Portugal dan Ireland baru-baru ini.