Pertahanan Sabah FC dan Harimau Malaya, Daniel Ting bakal membawa haluan baharu ke Liga Thailand dengan menyertai Ratchaburi.
Perkara ini timbul apabila media terkenal Thailand iaitu Think Curve melaporkan Daniel Ting menjadi sebahagian daripada 5 pemain baharu yang direkrut oleh kelab Thai League 1 iaitu Ratchaburi.
”Melengkapkan senarai bagi kuota ASEAN, Ratchaburi telah merekrut Daniel Ting pertahanan warisan Malaysia–England berusia 33 tahun yang juga pemain Harimau Malaya,” lapor Think Curve.
Selain Daniel Ting, bekas pertahanan Selangor iaitu Kevin Deeromram pula telah sah sebagai watak baru yang bakal memperkuat Ratchaburi menjelang pusingan kedua Thai League 1.
Setakat artikel ini diterbitkan, masih tiada pengumuman rasmi dari mana-mana pihak mengenai khabar angin ini termasuklah daripada Daniel Ting, Sabah atau Ratchaburi sendiri.