David Rowley Mula Jalani Latihan Ringan
MakanBola
Chanthaburi FC

Bekas pemain Sri Pahang FC, David Rowley mula menjalani latihan ringan bersama pasukannya, Chanthaburi FC.

Sebelum ini, pemain berusia 35 tahun itu terpaksa berehat selama beberapa bulan. Ini selepas Rowley mengalami kecederaan serius ketika menentang Nakhon Pathom United.

Beliau hanya sempat beraksi selama 16 minit sebelum dikeluarkan akibat kecederaan. Rowley berada di hospital selama lima hari sebelum dibenarkan pulang pada akhir September lalu.

Sejak itu, bekas pemain Penang FC itu perlahan-lahan membina semula kecergasannya. Kini, Rowley memaklumkan beliau sudah mula menjalani latihan ringan bersama Chanthaburi.

“Bagus dapat kembali berlari semula,” katanya dalam satu hantaran Instagram Story. Berita sama turut dikongsikan Harimau Abroad.

587682825 18499235185078816 846372403860438973 n David Rowley Mula Jalani Latihan Ringan

Rowley merekodkan enam penampilan dan satu gol bersama Chanthaburi setakat ini. Beliau antara tiga pemain negara yang kini beraksi dalam liga Thailand.

Selain Rowley, Annil Vigneswaran turut memeriahkan saingan Thai League 2 bersama kelab Nakhonsi United. Sergio Aguero pula mewakili pasukan Thai League 1, Kanchanaburi Power.