Bekas pemain kebangsaan, David Rowley mula mempamerkan bisanya bersama kelab barunya, Chanthaburi FC.
Ini selepas bekas pemain Sri Pahang FC itu membantu kelabnya menewaskan Trat FC dalam aksi terbaru Thai League 2.
Rowley turut mencetak nama sebagai penjaring dalam perlawanan sama. Dua lagi gol Chanthaburi disumbang oleh Rodrigo Maranhao dan Nacho Abeledo.
Meskipun beraksi dengan 10 pemain apabila Caio de Godoy dibuang padang pada minit ke-84, itu tidak menghalang kelab itu meraih kemenangan pertama mereka musim ini.
Trat meraih dua gol menerusi Sirisak Faidong dan Crislan. Kemenangan ini menyaksikan Chanthaburi kini di tangga ketujuh dengan empat mata.
Rowley bukan satu-satunya pemain Malaysia yang beraksi dalam saingan Thai League 2. Pemain muda, Annil Vigneswaran beraksi mewakili Nakhon Si United.
Annil berpeluang membuat penampilan pertama bersama Nakhon Si apabila kelab itu menentang Esan Pattaya hari ini.