Demi JDT, Langkah Arif Aiman Di Arab Saudi Terima Pujian
MakanBola
Johor Southern Tigers

Seorang penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) memuji langkah yang diambil Arif Aiman Hanapi ketika sidang media praanugerah AFC Awards Riyadh 2025.

Seorang penyokong bernama Nurazhar Mohd Zin menyedari Arif tetap memilih memakai pakaian santai JDT ketika menyertai sidang media tersebut.

Ini menunjukkan pemain sayap Harimau Malaya itu sentiasa berusaha menyerlahkan jenama JDT di peringkat antarabangsa terutama untuk AFC Awards Riyadh 2025.

“Terbaik Arif Aiman pakai jaket JDT naikkan branding kelab yang banyak naikkan namanya dan beri platform untuk berjaya. Nikmati detik ini, MVP!” kata Nurazhar menerusi satu hantaran di Facebook.

Pandangan itu dipersetujui seorang lagi penyokong bernama Alex Maddy. Kehadiran Arif antara tiga calon Pemain Terbaik AFC menunjukkan impaknya buat JDT dan Malaysia.

“Tercalon pun sudah memadai kira tiga calon terbaik dalam Asia, kalau tak menang anugerah pun tak apa. Ini pun kira bonus dan menambah nilai pasaran AA (Arif Aiman) juga nanti,” katanya di ruang komen.

Seorang lagi penyokong bernama Roland Walter Lan turut bersetuju dengan pandangan itu. Dia percaya pencapaian Arif bakal menjadi inspirasi kepada pemain-pemain lain di Malaysia.

“Antara pencapaian tertinggi pemain Malaysia di peringkat antarabangsa. Sangat berbangga dengan pencapaian Arif Aiman ini.

“Semoga terus melakar kejayaan dalam karier dan menjadi inspirasi kepada pemain-pemain yang lain untuk terus berjaya,” ujarnya.

Arif bakal bersaing dengan Akram Afif dan Salem Al-Dawsari untuk anugerah Pemain Terbaik AFC 2025.