Deportivo Alaves Mula Cari Pengganti Facundo Garces
MakanBola
Deportivo Alaves

Kelab LaLiga, Deportivo Alaves mula mengatur perancangan mencari pengganti pemain Harimau Malaya, Facundo Garces.

Portal Estadio Deportivo melaporkan keperluan itu semakin kritikal meskipun Tenaglia dan Jon Pacheco menjadi pilihan di bahagian bek tengah.

Ini kerana jurulatih Alaves, Eduardo Coudet tidak memiliki ramai pemain yang mampu beraksi di posisi tersebut.

Situasi ini tidak dibantu dengan Garces masih lagi menjalani penggantungan FIFA. Ini kerana kes rayuan FAM, beliau dan enam pemain negara dibawa ke CAS.

Alaves juga bimbang ketiadaan pemain sokongan di bahagian tersebut bakal menyebabkan kelab diheret ke pertarungan mengelak penyingkiran.

Ini kerana kelab itu memiliki 18 mata dan hanya dipisahkan tiga mata dengan Girona yang menduduki tangga ke-18. Girona mengumpul 15 mata selepas 17 perlawanan.

Keputusan rayuan 7 pemain termasuk Garces dan FAM di CAS dijangka diketahui sebelum aksi Vietnam dan Malaysia pada Mac 2026.