Hasrat untuk melihat pertembungan Malaysia vs Indonesia semakin hampir.
Kedua-dua perlawanan membabitkan pasukan kebangsaan dan skuad Indonesia bakal berlaku di Sukan SEA 2025 Thailand.
Perlawanan pertama membabitkan pertembungan antara skuad futsal Harimau Malaya menentang Indonesia pada aksi keempat aksi liga sepusingan (round robin) pada Khamis, 18 Disember 2025 jam 5.00 petang di Stadium Nonthaburi.
Skuad kendalian Rakphol Sianetngam dijadual memulakan tirai saingan berdepan tuan rumah, Thailand pada Isnin, 15 Disember 2025 jam 8.00 malam.
Aksi keempat kumpulan itu penting dalam misi pasukan futsal kebangsaan itu mengulangi pencapaian edisi 2017 untuk meraih pingat di Sukan SEA 2025.
Satu lagi aksi menyaksikan pertemuan Malaysia B-19 berdepan Indonesia pada Kejuaraan Futsal B-19 ASEAN 2025 di Thailand.
Pasukan yang turut dibimbing oleh Rakphol Sainetngam itu akan bertemu Indonesia pada aksi ketiga Kumpulan B pada Khamis, 25 Disember 2025.
Kejuaraan yang julung kalinya diadakan itu bakal memberi peluang kepada barisan pemain muda negara mempamerkan aksi terbaik dan bakal berlepas ke Thailand pada 16 Disember 2025.
Rakphol membawa barisan terbaik hasil penilaian daripada Kejohanan Futsal B-19 Kebangsaan 2025 anjuran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Oktober lalu.