Penyerang muda berprolifik KL City & Malaysia, Haqimi Azim berdepan ujian getir sebelum aksi kedua temasya sukan SEA bertemu Vietnam.
Ketika ini, Haqimi Azim dan 19 orang pemain Harimau Muda berada di Thailand bagi temasya sukan SEA edisi 2025 yang membuka tirai kejohanan minggu lalu.
Namun, penyerang muda tersebut menerima perkhabaran yang mendukacitakan selepas ayah beliau dimasukkan ke hospital.
Menurut Zulhelmi Zainal Azam, ayah beliau dimasukkan ke hospital disebabkan strok dan berada dalam keadaan kritikal.
“Penyerang B23 negara Haqimi Azim Rosli berdepan ujian berat menjelang pertemuan menentang Vietnam, ayahnya kini berada dalam keadaan kritikal di hospital akibat strok,” kata Zulhelmi Zainal Azam di laman X.
Sama-sama kita mendoakan kesihatan ayah Haqimi Azim supaya sembuh seperti sedia kala.
Haqimi Azim dan Malaysia bakal menentang pasukan Vietnam di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand pada Khamis ini bagi menentukan juara kumpulan B.