Enzo Cora membawa haluan ke KL City FC. Sebelum ini tular berita mengenai pasangan adik beradik, Enzo dan Ibrahim Cora yang berasal dari Argentina bakal menyertai skuad Harimau Selatan.
Laman berita Argentina, El Editor Platense telah menyebut nama dua pemain bersaudara, Enzo dan Ibrahim Cora bakal sertai JDT dari San Lorenzo de Villa Castells yang beraksi di Platense Amateur League.
“Liga Amatur Platense penuh dengan pelbagai kisah pemain yang berhajat untuk menjadi profesional kerana ada mata yang memerhati di mana-mana.”
“Itulah yang berlaku kepada adik-beradik Cora iaitu Enzo dan Ibrahim, yang kini berpeluang melebarkan sayap ke Malaysia, dan menandatangani kontrak serta menikmati bola sepak di sudut yang berbeza.
“Mereka akan bermain bersama kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) FC,” lapor laman berita dari Argentina itu.
Namun begitu, nama Enzo Cora kembali menjadi sebutan hangat apabila beliau berada dalam senarai skuad The City Boys di bangku simpanan.
Terdapat juga beberapa nama baharu KL City yang masih belum diumumkan seperti Kpah Sherman, Fazrul Amir, Nicolao Cardoso, Azrif Nasrulhaq, Madger Gomes, Gorca Larrucea dan juga Dmytro Lytvyn.
KL City kendalian Risto Vidakovic bagaimanapun terpaksa akur apabila tewas tipis 1-0 di tangan kelab Indonesia, Semen Padang FC.