Dua tonggak Harimau Malaya, Dion Cools dan Faisal Halim menampilkan prestasi cemerlang semasa aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal baru-baru ini.
Prestasi cemerlang duo berkenaan diiktiraf Sofascore. Ini selepas Cools dan Faisal tersenarai dalam kesebelasan terbaik aksi kelima kelayakan Piala Asia 2027.
Faisal menerima markah 8.9 susulan persembahannya menentang Nepal. Selain lincah menguji benteng The Gorkhalis, beliau turut menyumbat gol kemenangan buat Harimau Malaya.
Cools pula terus mempamerkan prestasi konsisten tidak kira posisi mana beliau bermain. Persembahan cemerlang pemain pertahanan Cerezo Osaka itu mendapat markah 9.0.
Markah itu menyaksikan Cools mengatasi beberapa pemain lain yang tersenarai dalam kesebelasan sama.
Antaranya bek tengah Thailand, Pansa Hemviboon (markah 8.0) dan pemain tengah Tajikistan, Ehson Panjshanbe (markah 9.0).
Dua pemain yang memiliki markah lebih tinggi daripada kapten Harimau Malaya itu ialah Nasser Mohammedoh dan Mohamad Haidar. Kedua-duanya masing-masing mendapat markah 9.3 dan 10.
Nasser menyumbat empat gol buat Yaman untuk aksi menentang Bhutan. Mohamad pula menjadi perencana kemenangan 3-0 Lubnan ke atas Brunei.