Dua Kelab Liga A1 Sah Layak Ke Piala Malaysia
MakanBola
PERAK FA

Dua pasukan dari Liga A1 sah melangkah ke saingan Piala Malaysia musim ini.

Saingan Piala Malaysia musim ini bakal disertai 13 pasukan Liga Super serta tiga kelab dari Liga A1.

Perak FA dan UM-Damansara United mengesahkan kemaraan selepas berjaya mengutip mata penting dalam perlawanan minggu ke-14 dan ke-15.

Perak FA sah melayakkan diri ke saingan Piala Malaysia selepas berjaya mengutip satu mata berharga dalam aksi minggu ke-14 menentang Selangor II.

Sementara itu, UM-Damansara United memastikan kemaraan ke kancah Piala Malaysia selepas menewaskan Machan dengan keputusan 3-0.

Ketika ini, Perak FA menduduki tangga kedua Liga A1, manakala UM-Damansara United berada di posisi ketiga, masing-masing mengumpul 29 mata dan hanya dipisahkan oleh perbezaan jaringan.

Pendahulu Liga A1, Selangor II, disahkan tidak akan menyertai Piala Malaysia berikutan statusnya sebagai pasukan “feeder”.

Susulan itu, kuota penyertaan pasukan dari Liga A1 ke saingan Piala Malaysia masih berbaki satu slot.

Piala Malaysia musim ini akan membuka tirainya pada Januari depan sebelum berakhir pada Mei 2026.