Dua Kelab Malaysia Dikenakan Sekatan FIFA?
MakanBola
KRWFC-KLCFC

Dua kelab Malaysia dilihat telah dikenakan sekatan perpindahan FIFA.

Semakan di pangkalan data sekatan perpindahan badan induk bola sepak antarabangsa itu mendapati nama Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) dan KL City FC tersenarai.

Kedua-dua kelab telah dikenakan sekatan perpindahan FIFA bermula pada tarikh 15 Disember lalu.

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada kedua-dua kelab berhubung situasi itu.

Sekiranya situasi ini terjadi, ini bakal menyukarkan pengurusan kedua-dua kelab untuk memperkuatkan pasukan masing-masing.

Sebelum ini, Kelantan RW merekrut penyerang Brazil, Wesley Barnaske. KL City pula dikaitkan dengan perpindahan pemain tengah Peru, Sergio Pena.