‘Ejen Bebas’ Komen Liridon Krasniqi Curi Tumpuan
MakanBola
Terengganu FC

Komen yang ditinggalkan oleh bekas pemain kebangsaan, Liridon Krasniqi mencuri tumpuan.

Tonggak berusia 33 tahun itu sepi dari kancah Liga Super Malaysia setelah kali terakhir beraksi bersama Terengganu FC pada tahun 2023.

Pemain kelahiran Kosovo itu sempat berkelana di Jerman dan beraksi dalam saingan Baller League bersama Kafigtiger.

Beliau kemudiannya membawa haluan ke Switzerland dengan menyertai kelab Divisyen Dua, FC Shcaffhausen 2 namun kini difahamkan bergelar ejen bebas.

Hal ini selepas beliau meninggalkan satu komen pada hantaran aksi antara Johor Darul Ta’zim dan Sabah yang berakhir 5-0 memihak JDT pada babak pertama.

“Saya kini ejen bebas,” ujar pemain yang mesra disapa Matdon itu di ruangan komen.

Copy of Untitled Design 22 'Ejen Bebas' Komen Liridon Krasniqi Curi Tumpuan

Beliau pernah mencipta nama bersama Kedah dalam saingan Liga Malaysia sebelum bersama JDT, Melaka United selain pernah beraksi di India bersama Odisha.

Kemas kini laman Transfermarkt menunjukkan Liridon pernah menyertai Miami United di USA pada awal tahun 2025.