Arsenal perlu berterima kasih kepada jaringan lewat daripada Gabriel Martinelli untuk mengikat Man City 1-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).
Man City hadir ke Stadium Emirates kali ini dengan membawa momentum selepas menewaskan Manchester United minggu lalu manakala Arsenal pula bakal janjikan satu cabaran hebat.
Gianluigi Donnaruma sekali lagi menjadi sandaran di pintu gol Man City setelah beraksi cemerlang pada minggu lalu tatkala Arsenal pertaruh bisa Noni Madueke serta Viktor Gyokeres di jentera serangan.
Seawal minit ke-9, Erling Haaland sudah berjaya membolosi gawang Arsenal menerusi satu serangan balas pantas yang digerakkan oleh Tijjani Reijnders dan disudahkan penyerang Norway itu.
Usaha tuan rumah untuk mencari jaringan penyamaan tidak membuahkan hasil dengan keampuhan benteng pertahanan Man City selain aksi tangkas Gianluigi Donnaruma di gawang gol.
Kekebalan kubu Man City akhirnya roboh jua dengan jaringan di masa tambahan oleh Gabriel Martinelli yang membuat satu larian dan bijak melambungkan bola melepasi Donnaruma.
Aksi di Stadium Emirates berakhir dengan keputusan seri 1-1 yang menyaksikan Arsenal dan juga Man City berkongsi satu mata.