Liverpool memulakan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan langkah kanan apabila menewaskam Bournemouth pada awal pagi Sabtu.
Kemenangan bergaya 4-2 ini dicapai oleh Liverpool hasil kebangkitan anak-anak buah Arne Slot bagi memastikan Bournemouth gagal meraih mata dalam aksi pertama ini.
Mo Salah dan Florian Wirtz menjadi taruhan Liverpool bagi membantu Hugo Ekitike meraih jaringan manakala Djordje Petrovic diberikan tugas mengawal pintu gol Bournemouth.
Jaringan yang ditunggu akhirnya tiba pada minit ke-36 hasil gerakan cantik Hugo Ekitike dan Alexis Mac Allister sebelum penyerang berusia 23 tahun itu mencetak gol pertama buat Liverpool.
Separuh masa pertama tamat, Liverpool 1-0 Bournemouth.
Kembali dari rehat, Cody Gakpo tidak menunggu masa lama bagi menambah kelebihan buat tuan rumah dengan jaringan kedua menerusi rembatan kaki kanan ketika aksi baru sahaja 4 minit.
Bournemouth tidak mengalah dan terus mengasak sebelum Antoine Semenyo merapatkan kedudukan 2-1 selepas hadir menampan kemas hantaran lintang oleh David Brooks pada minit ke-64.
Usaha pelawat buru jaringan penyamaan akhirnya berhasil apabila Antoine Semenyo sekali lagi menyumbat gol kedua pada minit ke-76 selepas bijak memperdaya pertahanan The Reds.
Federico Chiesa dan Mo Salah menjadi wira Liverpool hasil dua jaringan di lewat permainan untuk memberikan 3 mata kepada juara bertahan EPL tersebut.
Aksi di Anfield berakhir dengan keputusan 4-2 memihak Liverpool.