EPL: Manchester United ‘Lunyai’ Kena Amukan Man City
MakanBola
Premier League

Manchester City melakar kemenangan kedua dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas berhasil menumpaskan Manchester United pada Ahad.

Kemenangan besar 3-0 dicapai oleh Manchester City setelah tewas dua kali berturut-turut sebelum ini ketika United gagal bagi meneruskan rentetan positif setelah mengatasi Burnley.

Penjaga gol baharu City, Gianluigi Donnaruma turun buat kali pertama pada perlawanan kali ini tatkala Manchester United pula pertaruh gandingan Benjamin Sesko dan Bryan Mbeumo di serangan.

Phil Foden membuka tirai jaringan seawal minit ke-18 selepas menanduk masuk gol pertama Manchester City menewaskan penjaga gawang United, Altay Bayindir di sudut sebelah kiri.

Pasukan tuan rumah terus menambah dua lagi gol menerusi penyerang Norway, Erling Haaland pada minit ke-53 dan 68 untuk menjadikan kedudukan 3-0 dan memberi tekanan buat United.

Aksi di Stadium Etihad berakhir dengan keputusan 3-0 memihak Manchester City.