EPL: Manchester United Nyaris Rebah Di Tangan Nottingham Forest
MakanBola
Nottingham Forest FC

Manchester United dan Nottingham Forest terpaksa akur berkongsi satu mata dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu.

Keputusan seri 2-2 ini dicatatkan Nottingham Forest setelah mengalami 8 kekalahan berturut-turut dalam aksi EPL musim ini manakala Manchester United pula dalam momentum yang terbaik.

Pengurus baharu Nottingham Forest, Sean Dyche memberi kepercayaan kepada Igor Jesus bagi mengemudi bahagian serangan tatkala Bruno Fernandes memimpin barisan pemain Manchester United.

Casemiro terlebih dahulu meletakkan Manchester United di hadapan di minit ke-34 selepas menanduk masuk sepakan sudut Bruno Fernandes yang menewaskan penjaga gol, Matz Sels.

Babak kedua menyaksikan kebangkitan dramatik dihasilkan oleh Nottingham Forest apabila cemerlang meledak dua gol dalam masa dua minit menerusi jaringan Gibbs-White serta Nicolo Savona.

Jaringan Amad Diallo ketika permainan berbaki 9 minit lagi dimainkan memberikan kelegaan untuk Manchester United yang terdesak memburu gol dan akhirnya usaha itu berhasil jua.

Aksi di Stadium City Ground berakhir dengan keputusan seri 2-2.