Manchester United akhirnya mencatat kemenangan pertama dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) setelah menewaskan Burnley pada Sabtu
Kemenangan 3-2 ini dicapai oleh Manchester United selepas kempunan meraih 3 mata dalam dua saingan liga sebelum ini selain kekalahan di tangan Grimsby Town ketika aksi Piala FA minggu lalu.
Gandingan Mbeumo-Cunha dan Mount ditagih oleh The Red Devils untuk menggempur gawang lawan sementara Burnley pula menurunkan bekas pemain Man City, Kyle Walker di bek kanan.
Jaringan pembukaan berjaya dimiliki oleh Manchester United pada minit ke-27 ketika tandukan Casemiro mengenai palang sebelum terbias ke arah kapten pasukan Burnely, Josh Cullen dan masuk ke gawang.
Kelebihan di babak yang pertama itu bagaimanapun berjaya dipadamkan menerusi jaringan penyamaan oleh Lyle Foster selepas pemain Burnley itu bijak menyambar hantaran pada minit ke-55.
Dua minit kemudian, peminat tuan rumah bersorak gembira apabila Bryan Mbeumo kembali meletakkan United di depan hasil satu penyudah sempurna berpunca dari lorongan Diogo Dalot.
Usaha pasukan pelawat untuk memburu gol kedua akhirnya membuahkan keuntungan setelah Anthony Jaidon meledak jaringan penyamaan 2-2 ketika situasi kelam-kabut di dalam kotak penalti.
Di masa tambahan, pengadil menghadiahkan sepakan penalti buat Manchester United dan Bruno Fernandes berhasil untuk mencetak jaringan kemenangan pertama buat pasukan tuan rumah.
Aksi di Old Trafford berakhir dengan keputusan 3-2 memihak Manchester United.