Esok Hari Penting Bola Sepak Malaysia
MakanBola
Malaysia NT

Nasib bola sepak Malaysia kini bergantung kepada perkara yang akan berlaku pada tarikh 18 Disember 2025.

Perjuangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membela maruah bola sepak negara kini memasuki episod baharu selepas rayuan terhadap isu 7 pemain warisan ditolak oleh FIFA.

Peluang terakhir bagi FAM mempertahan nasib masa depan bola sepak negara kini terletak kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) yang bakal menentukan segalanya untuk Malaysia.

Menerusi kenyataan Pemangku Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi, rayuan sudah pun dikemukan kepada CAS berhubung hukuman FIFA di atas kes pemalsuan dokumen 7 pemain warisan negara.

FAM telah mengemukakan Pernyataan Rayuan kepada CAS berhubung hukuman Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ke atas badan induk ini dan 7 pemain warisan Harimau Malaya” ujar beliau dalam kenyataan itu.

CAS pula menetapkan tempoh 10 hari diberikan buat pihak peguam yang mewakili FAM bagi mengemukakan hujahan bertulis yang lengkap dengan 18 Disember menjadi tarikh akhir.

Tempoh 10 hari yang diberikan oleh CAS akan berakhir esok (Khamis), 18 Disember tatkala ramai Malaysia perlu menanti pertimbangan seterusnya sama ada hukuman FIFA kekal atau sebaliknya.