Facundo Garces Nafi Dakwaan Netizen Indonesia
MakanBola
Haniff Che Mohamad/MakanBola

Bek tengah Harimau Malaya, Facundo Garces menafikan dakwaan warga maya Indonesia tentang statusnya sebagai pemain warisan.

Warga maya Indonesia mempertikai status bek tengah berusia 25 tahun itu susulan transkripsi temu bualnya bersama portal Sepanyol, El Correo baru-baru ini.

Mereka mendakwa berdasarkan transkripsi tersebut, Garces telah menipu statusnya itu untuk mewakili Harimau Malaya.

Susulan itu, orang besi Alaves itu tampil memberi penjelasan tentang apa yang berlaku. Garces memaklumkan itu hanya kesilapan dari segi transkripsi.

Beliau turut menyatakan rasa bangga bergelar rakyat Malaysia kerana memiliki darah Malaysia dari sebelah datuknya.

Gyv1PyPbMAEG3Aa Facundo Garces Nafi Dakwaan Netizen Indonesia

“Ini cuma kesilapan transkripsi (temu bual bersama El Correo). Saya orang Malaysia dari sebelah datuk saya dan saya bangga bermain untuk negara saya,” katanya dalam satu hantaran Instagram Story.

Hantaran tersebut kemudiannya dikongsikan beberapa akaun media sosial termasuk Harimau Abroad.

Garces menikmati permulaan baik bersama Alaves dalam saingan LaLiga. Ini selepas mereka menewaskan Levante 2-1 dalam aksi pembukaan liga.

Garces dan Alaves kini mengalihkan fokus kepada aksi menentang kelab yang berpangkalan di Seville, Real Betis. Aksi tersebut akan berlangsung pada 23 Ogos ini.