Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengatur tindakan pantas susulan hukuman yang dijatuhkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Skuad kendalian Peter Cklmovski menerima tamparan hebat selepas tiga perlawanan membabitkan pasukan Harimau Malaya menerima kesan.
Hal ini selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menerima hukuman terbaharu daripada Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
FIFA yang bersidang pada 12 Disember 2025 untuk membincangkan hal berkaitan kes pasukan kebangsaan yang menurunkan pemain tidak layak.
“Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FIFA, Jorge Palacio itu mendapati FAM telah melanggar Artikel 19 Kod Tatatertib FIFA (Edisi 2025).
“Hal ini selepas Harimau Malaya menurunkan pemain yang tidak layak dalam tiga Perlawanan Antarabangsa Tier 1 berikut:
1- Malaysia lwn Cape Verde di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 29 Mei 2025 yang berkesudahan seri 1-1.
2- Malaysia lwn Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 4 September 2025 yang berkesudahan Malaysia menang 2-1; dan
3- Malaysia lwn Palestin di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada 8 September 2025 yang berkesudahan Malaysia menang 1-0.
Susulan perkara itu, Jawatankuasa Tatatertib FIFA telah membuat keputusan bahawa Malaysia diisytihar kalah dengan jaringan 3-0 pada ketiga-tiga perlawanan tersebut.
Bukan itu sahaja, FAM turut dikenakan hukuman denda sebanyak CHF10,000 (RM51,414).
Walau bagaimanapun, FAM tetap akan memperjuangkan nasib pasukan kebangsaan apabila akan membuat permohonan bertulis bagi mendapatkan alasan keputusan daripada Jawatankuasa Tatatertib FIFA .
Langkah ini diambil sebelum mempertimbang tindakan seterusnya berhubung perkara ini.