Naib Presiden FAM, Datuk Dollah Salleh percaya bahawa kemelut isu pemain warisan bakal menemui titik yang positif.
Hal ini dinyatakan berikutan isu hukuman terhadap FAM dan 7 pemain warisan negara yang dikeluarkan oleh FIFA pada 26 September lalu.
Menurut Datuk Dollah Salleh, tiada perkara yang tidak baik bakal berlaku berkaitan isu ini.
“Tunggu keputusan dari FIFA. Tiada apa yang kurang baik bakal berlaku. Perkara ini akan selesai dalam masa 10 hari.”
Tambahan, beliau percaya FAM dapat hadapi ini dengan baik.
“Pandangan saya, tidak akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Saya percaya FAM dapat mengatasi perkara ini dan FAM bersedia untuk menjawab semua isu ini secepat mungkin,” kata Naib Presiden FAM, Datuk Dollah Salleh ketika di temubual bersama Zulhelmi Zainal Azam
Untuk makluman, FAM hanya diberikan masa 10 hari untuk membuat rayuan berikutan isu tersebut bermula tarikh 26 September lalu.