Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menerima pencalonan anugerah Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Ini selepas AFC memaklumkan FAM antara tiga calon untuk Anugerah Pengiktirafan Presiden AFC untuk Bola Sepak Akar Umbi (Kategori Perak).
Selain FAM, Persatuan Bola Sepak Guam (GFA) dan Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF) turut menerima pencalonan untuk anugerah sama.
Pemenang bakal diketahui dalam acara AFC Awards Riyadh 2025 yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi pada 16 Oktober depan.
Selain FAM, pemain sayap kebangsaan, Arif Aiman Hanapi turut tercalon untuk Anugerah Pemain Terbaik AFC 2025.
Arif bakal bersaing dengan pemenang anugerah edisi sebelumnya, Akram Afif dari Qatar dan wakil Arab Saudi, Salem Al-Dawsari.