Farizal Marlias Kongsi Punca Selangor Bergelut Lawan DH Cebu
MakanBola
Selangor FC

Bekas penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias percaya faktor padang menyukarkan Selangor FC ketika menentang DH Cebu dalam saingan Shopee Cup.

Merah Kuning terpaksa berpuas hati dengan satu mata apabila diikat 1-1 oleh wakil Filipina itu di Stadium Memorial Rizal.

Meskipun membuat 24 percubaan ke arah gawang tuan rumah, Selangor terlepas peluang meraih tiga mata penuh di bumi Filipina.

Farizal percaya faktor padang tiruan memberi kesan kepada Merah Kuning itu ketika melancarkan serangan ke atas DH Cebu.

“Saya rasa mereka mungkin bergelut dari segi keadaan padang sebenarnya. Mereka tak biasa bermain di atas padang tiruan dan juga suasana di sana.

“Kita boleh tengok percubaan mereka agak tinggi tetapi percubaan tepat itu kurang,” katanya semasa menjadi panel Arena Bola.

Keputusan itu menyebabkan Selangor kini menduduki tangga kedua Kumpulan A Shopee Cup dengan lima mata.

Wakil Singapura, Tampines Rovers kini berada di tangga teratas kumpulan dengan enam mata. Ini selepas mereka mengejutkan wakil Thaland, BG Pathum United dengan kemenangan 3-2.