FIFA Dedah Nama Dua Ejen Berkait Kes 7 Pemain Warisan Malaysia
MakanBola
Malaysia NT

FIFA mendedahkan nama dua ejen yang terlibat dalam kes berkaitan dengan tujuh pemain warisan Malaysia.

Ini selepas FIFA mengeluarkan dokumen sebab di sebalik penolakan rayuan FAM dan tujuh pemain negara berhubung hukuman yang dijatuhkan ke atas mereka.

Dokumen sebanyak 63 muka surat itu mendedahkan nama dua ejen iaitu Nicolas Puppo dan Frederico Moraes.

Ini sebahagian daripada cadangan Jawatankuasa Rayuan FIFA agar satu siasatan dilancarkan terhadap proses dalaman FAM. Ini bertujuan mengenal pasti individu yang terlibat dalam proses pemalsuan itu.

Susulan itu, Jawatankuasa Rayuan FIFA menyarankan Sekretariat FIFA menyiasat bukan saja Puppo dan Moraes tetapi juga Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Haji Rahman.

Ini kerana pembabitan tiga figura ini memerlukan Sekretariat FIFA untuk menyiasat perkara ini dengan lebih mendalam.

Sebelum ini, Jawatankuasa Rayuan FIFA menolak rayuan yang difailkan FAM dan tujuh pemain negara. Susulan itu, hukuman yang dikenakan FIFA ke atas FAM dan semua pemain terbabit dikekalkan.

FAM dikenakan denda CHF350,000 (RM1.8 juta). Tujuh pemain negara pula dikenakan penggantungan 12 bulan dan didenda CHF2,000 (RM10,000).

FAM kini dalam proses membawa kes rayuan mereka ke peringkat Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).