Kapten Indonesia, Thom Haye antara dua pemain yang dikenakan penggantungan 4 perlawanan oleh FIFA.
Hukuman berat oleh FIFA ini dijatuhkan kepada Thom Haye dan Shayne Pattynama selepas insiden yang berlaku ketika aksi pusingan ke-4 Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Iraq.
Pada perlawanan tersebut, Haye dan Pattynama didakwa di atas kesalahan tingkah laku tanpa bersemangat kesukanan terhadap pegawai perlawanan selepas Sang Garuda kalah 1-0.
Tindakan tersebut menyebabkan dua pemain ini terpaksa melupakan hasrat bagi menyarung jersi Indonesia pada 4 aksi selepas ini dan turut dikenakan denda berbentuk wang.
Tonggak Persib Bandung dan Buriram United itu dikenakan denda sebanyak 5,000 CHF iaitu sekitar RM25,898.67 di atas kesalahan ini.