FIFA Jawab Nasib 7 Pemain Warisan Harimau Malaya
MakanBola
Malaysia NT

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah mengesahkan nasib bagi tujuh pemain warisan Harimau Malaya.

Menerusi satu kenyataan pada Isnin, 3 November 2025, FIFA mengesahkan untuk mengekalkan hukuman yang dikenakan terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan.

“Jawatankuasa Rayuan FIFA mengesahkan sekatan terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia dan tujuh pemain.

“Jawatankuasa Rayuan FIFA telah membuat keputusan mengenai rayuan yang dibuat oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain – Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomás Garcés, Rodrigo Julián Holgado, Imanol Javier Machuca, João Vitor Brandão Figueiredo, Jon Irazábal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Brendano bagi keputusan Jawatankuasa Disiplin FIFA. 

“Artikell 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) mengenai pemalsuan dan pemalsuan.

“Selepas menganalisis penghujahan dan menjalankan pendengaran, Jawatankuasa Rayuan memutuskan untuk menolak rayuan,” ujar kenyataan FIFA.

Badan induk bola sepak dunia itu juga telah mengesahkan denda yang bakal dikenakan kepada FAM adalah seperti berikut;

“Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah diarah membayar denda sebanyak CHF 350,000 (RM1.8 Juta) kepada FIFA.

“Pemain Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomás Garcés, Rodrigo Julián Holgado, Imanol Javier Machuca, João Vitor Brandão Figueiredo, Jon Irazábal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano masing-masing telah diarah membayar denda sebanyak CHF 2,000 (RM10,400) kepada FIFA.

“Pemain-pemain yang disebutkan di atas telah dikenakan hukuman penggantungan selama 12 bulan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak,” tambah kenyataan tersebut.