FIFA & UEFA Haramkan Sepanyol Lawan Pasukan Ke-200 Dunia
MakanBola
Seleccion Espanola

FIFA dan UEFA mengambil keputusan untuk mengharamkan Sepanyol dan pasukan ke-200 dunia, Gibraltar bertemu di peringkat antarabangsa.

Sportbible melaporkan langkah tersebut diambil kedua-dua badan induk itu selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk ketegangan politik dan isu tuntutan Sepanyol ke atas Gibraltar.

Secara ringkas, Gibraltar merupakan sebuah kawasan yang terletak di bahagian paling selatan Semenanjung Iberia. Wilayah itu merupakan sebahagian daripada 14 Wilayah Luar Negeri Britain.

Sejak bergelar ahli penuh UEFA pada 2013, Gibraltar tidak pernah berdepan Sepanyol di peringkat antarabangsa sama ada untuk aksi persahabatan atau aksi kompetitif.

Susulan ketegangan yang tercetus antara kedua-duanya, FIFA dan UEFA memastikan kedua-dua pasukan tidak bertemu terus di peringkat antarabangsa.

Aksi ini menjadi sebahagian daripada tiga lagi aksi negara yang diharamkan oleh FIFA dan UEFA. Tiga lagi aksi itu ialah Ukraine-Belarus, Kosovo-Bosnia-Herzegovina dan Kosovo-Serbia.

Ketiga-tiga aksi ini diharamkan daripada berlaku oleh dua badan induk itu atas sebab sama iaitu ketegangan antara negara-negara yang terlibat.

Sepanyol berpeluang memperkukuh kedudukan mereka dalam Kumpulan E bila turun menentang Georgia pada 12 Oktober dan Bulgaria (15 Oktober).