Giancarlo Gallifuoco: Bakat Malaysia Luar Biasa
MakanBola
FA Malaysia

Bek tengah KL City FC, Giancarlo Gallifuoco melabel bakat yang dimiliki skuad Malaysia B-23 sebagai luar biasa.

Pandangan itu dibuat beliau selepas skuad negara meraih pingat gangsa Sukan SEA 2025 baru-baru ini. Lebih manis, penyerang KL City, Haqimi Azim Rosli muncul wira dengan meledakkan gol kemenangan.

Gallifuoco menyifatkan dengan bakat yang dimiliki Malaysia ketika ini, ia memberi impak positif kepada bola sepak negara.

“Saya sudah katakan sebelum ini, saya akan ulanginya lagi! Malaysia memiliki ramai pemain berbakat, ia sungguh mengagumkan.

“Tahniah, semua. Masa depan bola sepak (Malaysia) kelihatan bagus,” katanya di X.

Ini kali pertama Malaysia B-23 meraih pingat gangsa sejak edisi 2005 di Bacolod, Filipina. Malaysia B-23 turut mengakhiri kemarau pingat dalam sukan itu sejak edisi 2017 di Kuala Lumpur.

Pencapaian ini juga mengakhiri episod kecewa pasukan itu pada tahun 2025. Sebelum ini, skuad negara terlepas peluang mara ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2026.