Pertahanan kental Kuala Lumpur City, Giancarlo Gallifuoco meluahkan keterujaan Liga Malaysia musim ini yang dilihat semakin luar biasa.
Beliau menyertai KL City dan Liga Malaysia pada musim 2021 dari Melbourne Victory kelab berpangkalan di Australia. Giancarlo Gallifuoco bermain selama satu musim di kelab tersebut.
Antara kelab-kelab beliau pernah menyertai adalah Tottenham, Swansea, Dover Athletic, Torquay dan kelab dari Itali, Rieti.
Menurut Giancarlo Gallifuoco, perlawanan Liga Super musim ini sukar untuk dijangka kerana kualiti bola sepak di Malaysia semakin meningkat naik.
“Permulaan Liga Malaysia musim ini adalah luar biasa dengan permainan sangat tidak diramalkan dengan kualiti dan peningkatan peminat sangat baik.”
Tambah beliau, beliau berasa sangat gembira dan istimewa dengan bola sepak di Malaysia musim ini.
“Saya rasa musim ini adalah sesuatu yang istimewa untuk Malaysia dan ia adalah bola sepak dan semua kredit diberikan kepada anda,” kata Giancarlo Gallifuoco di satu hantaran media sosial X.
KL City bakal meneruskan aksi Liga Super musim ini dengan menentang PDRM pada Rabu di Stadium Bola Sepak Cheras Kuala Lumpur.