Gianni Infantino Lancar FIFA ASEAN Cup
MakanBola
Gianni Infantino

Presiden FIFA, Gianni Infantino mengumumkan pelancaran saingan FIFA ASEAN Cup.

Pengumuman itu dibuat Infantino selepas pemeteraian Perjanjian Pembangunan Bola Sepak ASEAN-FIFA di Kuala Lumpur.

Pemeteraian perjanjian dibuat oleh beliau dan Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn. Majlis turut disaksikan Perdana Menteri Malaysia dan Pengerusi ASEAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kejohanan ini bakal melibatkan penyertaan 11 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Singapura, Myanmar, Timor Leste, Brunei, Filipina, Laos dan Kemboja.

FIFA ASEAN Cup akan membabitkan 11 negara anggota di rantau ini. Ia akan memberi impak besar bukan saja di rantau Asia Tenggara tetapi juga di seluruh dunia,” katanya seperti dilaporkan Stadium Astro.

Kejohanan ini bakal diadakan dalam kalendar antarabangsa FIFA. Ini sekaligus membantu negara-negara ASEAN berpeluang meraih mata ranking penuh FIFA untuk FIFA ASEAN Cup.