‘Habuan’ Lumayan Harimau Malaya Berterusan
MakanBola
MALAYSIA NT

Harimau Malaya terus mendapat habuan lumayan secara berterusan selepas menewaskan Nepal pada Selasa lalu.

Skuad kendalian Peter Cklamovski menutup kempen tahun 2025 dengan penuh gemilang selepas berjaya menundukkan pasukan ke-180 dunia, Nepal dengan keputusan 1-0.

Jaringan tunggal pemain sayap sensasi negara, Faisal Halim menyaksikan pasukan kebangsaan mengekalkan rekod bersih 100 peratus kemenangan Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027.

Harimau Malaya kini memungut 15 mata selepas lima perlawanan -3 mata berkelebihan ke atas pasukan tangga kedua, Vietnam (12 mata).

Malaysia terus mencatatkan peningkatan ranking FIFA sejak di bawah kendalian Cklamovski apabila kini melonjak dua tangga ke kedudukan 116 dunia berbanding 118 dunia sebelum ini dengan 1168.41 mata.

Pasukan kebangsaan kekal menjadi pasukan ketiga terbaik di Asia Tenggara selpas Thailand (95) dan juga Vietnam di tangga ke-110 dunia.

Malaysia juga berjaya memperbaiki kedudukan ranking masa – naik 15 tangga berbanding kemas kini awal tahun 2025.

Aksi terakhir Malaysia pada peringkat kumpulan adalah menentang Vietnam pada 31 Mac 2026 di gelanggang lawan.