‘Habuan’ Lumayan Menanti Harimau Malaya
MakanBola
Malaysia NT

Skuad Harimau Malaya bakal menerima habuan lumayan pada bulan Oktober ini.

Pasukan kendalian Peter Cklamovski merekodkan pencapaian cemerlang apabila menang kedua-dua aksi persahabatan Tier 1 menentang Singapura dan Palestin baru-baru ini.

Reputasi Malaysia ketika ini cukup baik selepas tidak tewas dalam mana-mana perlawanan di bawah kendalian jurulatih kelahiran Australia itu.

Malaysia juga mencatatkan tambahan mata penting ranking FIFA sekali gus melonjak ke kedudukan 123 dunia dan menjadi pasukan keempat terbaik di Asia Tenggara selepas Thailand (101), Vietnam (114) dan Indonesia (119).

Harimau Malaya berpeluang untuk meraih tambahan +6.78 mata sekiranya berjaya mengatasi tentangan Laos dan meraih 1155.01 mata secara keseluruhan.

Tambahan +6.78 mata lagi menanti pasukan negara jika berjaya merakam kemenangan kedua ke atas pasukan ke-185 dunia itu sekali gus membantu Malaysia untuk menembusi kelompok 110 terbaik dunia dalam ranking FIFA.

Malaysia bakal bertemu Laos di New Laos National Stadium pada 9 Oktober jam 9.00 malam sebelum satu lagi aksi pada 14 Oktober dijangka di Stadium Nasional, Bukit Jalil.