Harimau Malaya Akhiri Penantian 19 Tahun
MakanBola
Malaysia NT

Skuad Harimau Malaya berjaya menamatkan penantian yang panjang selama 19 tahun.

Pada Khamis, FIFA telah mengemas kini carta ranking yang menyaksikan skuad Harimau Malaya ketika ini berada pada kedudukan ke-125 dunia, melonjak sebanyak 6 anak tangga.

Lonjakan besar ini disumbangkan hasil kejayaan cemerlang anak didik Peter Cklamovski ketika menumbangkan negara jiran, Vietnam 4-0 dalam aksi Kelayakan Piala Asia bulan lalu.

Kemenangan bersejarah itu telah memberi tambahan mata penting sebanyak +11.97 mata untuk Malaysia mengumpul 1235.54 mata berdasarkan kemas kini ranking FIFA terbaru.

Hal ini membolehkan Malaysia berada di tangga ke-125 dunia dan menginjak ke kelompok 120 negara terbaik dunia setelah sekian lama untuk menghampiri beberapa pasukan yang lain.

Kali terakhir skuad Harimau Malaya berada dalam kelompok 120 terbaik dunia adalah pada bulan Mei 2006, kira-kira 19 tahun lalu ketika pasukan negara dilatih oleh Norizan Bakar.

Malaysia bagaimanapun masih kekal sebagai pasukan ke-4 terbaik di rantau Asia Tenggara ini di belakang negara jiran seperti Thailand (101), Vietnam (113) dan Indonesia (118).

Skuad negara berpeluang untuk meraih tambahan mata FIFA dan memperbaiki kedudukan ranking dalam kemas kini selepas ini apabila beraksi di CAFA Nations Cup pada akhir Ogos ini.