Harimau Malaya Panggil Luqman Hakim Ganti Jordan Mintah
MakanBola
FA Malaysia

Penyerang Negeri Sembilan, Luqman Hakim menggantikan tempat Jordan Mintah dalam kem Harimau Malaya.

Pekhabaran ini dimaklumkan oleh pihak Malaysia National Team dalam satu kenyataan yang memaklumkan bahawa Luqman Hakim bakal menyertai kem latihan di Kuala Lumpur.

Keberadaan Luqman Hakim ini bagi menggantikan tempat penyerang naturalisasi, Jordan Mintah yang terpaksa akur digugurkan daripada pasukan akibat faktor kesihatan.

”Luqman Hakim Shamsuddin dipanggil menyertai kem latihan berpusat menggantikan Jordan Mintah yang terpaksa meninggalkan kem atas faktor kesihatan,” umum Malaysia National Team.

Kali terakhir Luqman Hakim beraksi buat Harimau Malaya adalah ketika aksi persahabatan bertemu Singapura pada 2022 yang menyaksikan Malaysia di bawah kendalian Kim Pan-gon tewas 2-1.

Secara keseluruhan, Luqman juga sudah pun mengumpul 9 kaps bersama skuad senior negara dan berhasil melakukan satu bantuan jaringan ketika menewaskan Laos pada 2021 lalu.

Malah, kehadiran bekas pemain KV Kortrijk ini juga dianggap tepat selepas Luqman Hakim berjaya mencatat nama selaku penjaring ketika membawa Negeri Sembilan mengatasi Timor Leste pada Ahad.

Luqman akan bersaing bersama penyerang veteran, Paulo Josue bagi memperoleh tempat dalam kesebelasan utama Malaysia yang akan menentang Nepal dalam aksi penting min

Aksi Nepal vs Malaysia akan berlangsung pada 18 November hadapan di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan sepak mula perlawanan dijadualkan tepat jam 9 malam waktu tempatan.