Harimau Malaya Perlu Awasi 3 Pemain Palestin Ini
MakanBola
Palestine FA

Kelibat 3 tonggak Palestin perlu diberi perhatian tinggi oleh barisan pemain Harimau Malaya menjelang aksi pada Isnin.

Malaysia dan Palestin akan turun dalam aksi persahabatan di Johor dengan skuad Harimau Malaya membawa momentum terbaik setelah kalahkan Singapura di Bukit Jalil pada Khamis lalu.

Manakala Palestin pula tiba pada perlawanan ini sebagai aksi pertama mereka pada jendela antarabangsa FIFA bagi bulan September selepas harungi Kelayakan Piala Dunia pada Jun.

Walau bagaimanapun, Palestin yang kini berada di ranking ke-97 tetap dianggap pasukan pilihan pada perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim dengan barisan pemain yang dibawa.

Terdapat 3 pemain Palestin yang memiliki pengalaman dan keupayaan untuk memberi ancaman kepada skuad Harimau Malaya menjelang aksi pemanas badan ini.

Wessam Abou Ali

Kelibat Wessam Abou Ali perlu diberi perhatian penuh oleh pemain Malaysia tatkala penyerang Columbus Crew di USA ini sudah meledak 4 gol dalam 10 penampilan buat Palestin.

Oday Kharoub

Nama yang tidak asing lagi oleh kerana Oday pernah bermain untuk Kelantan DN musim lalu dan dengan pengalaman yang dimiliki, sudah pasti corak permainan pemain negara berada dalam genggaman beliau.

Yasser Hamad

Bek kacukan Palestin-Sepanyol ini dijangka menjadi watak penting ketika bertahan dan menyerang terutamanya ketika situasi bola mati dengan 5 gol yang dikumpulkan bersama Lions of Canaan.

Aksi Malaysia vs Palestin bakal berlangsung pada Isnin, 8 September di Stadium Sultan Ibrahim dengan sepak mula tepat jam 9 malam.