Harimau Malaya Tarik Diri CAFA Nations Cup?
MakanBola
Malaysia NT

Skuad Harimau Malaya dikhabarkan bakal menarik diri dari menyertai CAFA Nations Cup 2025 pada penghujung Ogos nanti.

Sebelum ini, pasukan kebangsaan di bawah bimbingan Peter Cklamovski telah mengesahkan penyertaan ke CAFA Nations Cup 2025 yang bakal diadakan di Tajikistan dan Uzbekistan.

Malah, Malaysia sudah pun diundi berada di dalam kumpulan B bersama wakil Asia ke Piala Dunia, Iran selain Tajikistan dan Afghanistan yang juga akan menjadi 3 pasukan lawan negara.

Walau bagaimanapun, info terkini oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam melaporkan bahawa pasukan Harimau Malaya berkemungkinan bakal menarik diri daripada saingan di rantau Asia Tengah itu.

“Bukan kali ini, difahamkan Harimau Malaya terpaksa menarik diri daripada CAFA Nations Cup 2025,” lapor Zulhelmi Zainal Azam di laman X.

Sehingga kini, masih belum ada sebarang makluman rasmi oleh pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai perkara ini tatkala pelan alternatif perlu diatur buat pasukan kebangsaan pada September nanti.