Pasukan kebangsaan Harimau Malaya menanti habuan lumayan susulan prestasi semasa yang cemerlang.
Skuad kendalian Peter Cklamovski merakam kemenangan ketiga pada kempen Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 berdepan Laos di tempat lawan, 9 Oktober 2025.
Kemenangan itu membolehkan Malaysia meraih tambahan +6.78 mata sekali gus membantu skuad negara meraih 1155 mata berdasarkan kemas kini masa-nyata FIFA.
Malaysia yang kini menduduki tangga ke-123 dunia secara rasmi berpeluang untuk meraih satu lagi tambahan mata +6.78 berdepan lawan sama pada 14 Oktober 2025 di laman sendiri.
Kemenangan itu secara tidak langsung menjadi tonik terbaik buat pasukan kebangsaan yang kini menduduki tangga teratas kumpulan selepas berakhir Hari Perlawanan 3.
Harimau Malaya juga tersenarai di tangga kelima laman Transfermarkt sebagai antara pasukan yang sedang mempamerkan aksi terbaik.
Malaysia merekodkan 13 mata daripada 15 mata maksimum daripada lima aksi terakhir dan menjadi satu-satunya pasukan dari Asia Tenggara dalam senarai tersebut.