Haykal Danish Ungguli Statistik Hantaran Berbahaya Di Piala Mandiri B-23
MakanBola
Malaysia NT

Pemain muda skuad Selangor tersebut memiliki hantaran yang berbahaya terbanyak sepanjang Piala Mandiri Asean setakat ini.

Hal ini telah dimaklumkan oleh laman X Asean United FC . Haykal Danish yang mengetuai jumlah hantaran berbahaya terbanyak setakat ini iaitu 8 hantaran. Haykal Danish semestinya akan diawasi oleh pihak lawan pada perlawanan akan datang.

Pemain skuad Indonesia tidak kurang hebatnya apabila 3 pemain dari skuad mereka berada di dalam kedudukan 4 pemain terbaik yang memiliki hantaran bahaya.

Pemain-pemain tersebut ialah Rahmat Reski dengan 6 hantaran manakala Arkhan Fikri Dan Robi Darwis masing-masing mempunyai 5-hantaran.

Haykal Danish yang dilahirkan menerusi Akademi Mokhtar Dahari cukup menunjukkan kualiti pemain-pemain produk dari akademi Malaysia tersebut.

Haykal Danish turut mempamerkan aksi yang menarik dan berbahaya ketika menentang skuad Brunei dan Filipina sehingga menjaringkan gol dan bantuan gol.

Untuk makluman skuad Malaysia akan menentang pasukan skuad muda Garuda pada hari Isnin ini bagi aksi terakhir peringkat kumpulan untuk memastikan layak ke peringkat separuh akhir.