Hendrio Araujo Bintang Naturalisasi Baharu Vietnam
MakanBola
HANOI FC

Hendrio Araujo telah disahkan sebagai bintang naturalisasi baharu buat pasukan kebangsaan Vietnam pada tahun 2026.

Beliau mula menyertai kelab di Vietnam pada tahun 2021 dengan pasukan Binh Dinh. Seterusnya, Hendrio Araujo berpindah ke kelab Nam Dinh pada musim 2023 secara percuma.

Selepas itu, beliau meneruskan karier bola sepak di Vietnam dengan menyertai kelab Hanoi pada awal tahun ini.

Hendrio Araujo sah menjadi warganegara Vietnam dan dibenarkan menyarung jersi kebangsaan julukan Pahlawan Bintang Emas pada tahun 2026 kerana telah mencukupkan 5 tahun bermain di negara tersebut sejak 2021.

Menurut Hendrio Araujo, beliau tidak sabar untuk menjadi rakyat Vietnam dan akan memikul tanggungjawab yang tidak mudah.

“Saya tahu ia bukan satu tugas yang mudah. Semua orang yang berkemampuan telah membantu. Saya tidak sabar-sabar untuk menerima kerakyatan Vietnam,” kata Hendrio pada Julai.

Menurut VNExpress, Vietnam akan mempunyai satu perlawanan penting pada bulan Mac tahun depan menentang Malaysia dan jurulatih negara tersebut, Kim Sang-sik mempunyai banyak pilihan untuk dipanggil bertemu Harimau Malaya.

“Pada Mac 2026, Vietnam akan mengadakan perlawanan penting dengan Malaysia untuk bersaing merebut tempat teratas Kumpulan F.”

“Oleh itu, naturalisasi Hendrio akan membantu jurulatih Kim Sang-sik mempunyai lebih banyak pilihan kakitangan di bahagian tengah, untuk meningkatkan kuasa serangan pasukan,” kata VNExpress.