Imbas kembali aksi persahabatan di antara Malaysia menentang pasukan Piala Dunia edisi 2026 iaitu Cape Verde.
Harimau Malaya yang menghadapi Cape Verde pada bulan Mei tempoh hari dilihat mampu memberi saingan kepada pasukan Piala Dunia tersebut apabila berjaya mencatatkan keputusan seri dalam aksi rasmi persahabatan.
Pasukan kebangsaan Malaysia berjaya mencatatkan keputusan seri dengan keputusan 1-1 hasil jaringan penyamaan oleh pemain berprolifik KL City, Paulo Josue di lewat permainan.
Malaysia bertemu sebanyak 2 kali untuk aksi persahabatan pada bulan Mei bersama pasukan Cape Verde iaitu satu aksi persahabatan rasmi dan satu perlawanan secara tertutup.
Satu lagi perlawanan persahabatan Malaysia bertemu Cape Verde mencatatkan kekalahan kepada pasukan Harimau Malaya dengan keputusan 0-3 hasil dua gol ledakan Dailon Livramento dan Heriberto Tavares.
Ketika ini, Malaysia menduduki ranking kelompok 120 manakala Cape Verde menghuni tangga ke 70 dunia.
Cape Verde menjadi negara dari Afrika ke-6 yang layak ke Piala Dunia tahun hadapan mengiringi pasukan pilihan lain iaitu Mesir, Maghribi, Tunisia, Algeria dan Ghana mara lebih awal.
Kini, kisah hebat tercipta apabila Cape Verde akan beraksi di pentas Piala Dunia buat julung kali dalam sejarah bola sepak negara kepulauan kecil di benua Afrika itu yang miliki sekitar 500 ribu penduduk.