Indonesia Buntu Diikat Lubnan
MakanBola
TIMNAS INDONESIA

Indonesia berjaya mengikat pasukan ranking 112, Lubnan dengan keputusan 0-0 di Stadium Gelora Bung Tomo pada Isnin.

Skuad Garuda membariskan penjaga gol dari Serie A, Emil Audero dan Jay Idzes di bahagian pertahanan manakala pemain warisan baharu, Miliano Jonathans mengetuai jentera serangan.

Sementara itu, Lubnan menurunkan Mostafa Matar di posisi benteng terakhir dan Karim Darwich di bahagian hadapan.

Indonesia terus mengasak kubu pasukan pasukan kebangsaan Lubnan bagi menceriakan ribuan penyokong sendiri di Stadium Gelora Bung Tomo.

Selain itu, Lubnan turut melakukan percubaan ke gawang skuad Indonesia namun ketangkasan penjaga gol Serie A, Emil Audero harus diberi pujian.

Memasuki minit ke 35′ kedua-dua pasukan masih buntu mencari gol pembukaan walaupun pasukan pelawat, Lubnan dilihat lebih melancarkan beberapa serangan berbahaya.

Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan keputusan terikat tanpa jaringan bagi kedua-dua pasukan.

Bsrsambung babak kedua, skuad Garuda tampak menguasai perlawanan di awal separuh masa kedua bagi memperoleh gol pendahuluan malam ini.

Indonesia terus menerus mengasak kubu pasukan ranking 112, Lubnan bagi memastikan membawa pulang kemenangan sekaligus memperbaiki ranking skuad tersebut.

Skuad Garuda masih bernafsu mencari gol pembukaan dan terus meningkatkan intensiti permainan dengan melancarkan beberapa rembatan kencang ke gawang pasukan Lubnan.

Memasuki minit ke 75′ kedudukan masih terikat tanpa jaringan walaupun Indonesia dilihat memiliki tonik tambahan dengan puluhan ribu penyokong sendiri di stadium.

Indonesia mendapat peluang keemasan pada minit ke 86′ melalui tandukan Ramadhan Sananta namun percubaan tersebut tersasar di sebelah kiri gawang skuad Lubnan.

Perlawanan separuh masa kedua tamat tanpa jaringan bagi kedua-dua pasukan bagi menutup aksi persahabatan pada September.