FIFA Denda Indonesia
MakanBola
Timnas Indonesia

Indonesia dikenakan denda 50,000 Swiss franc (RM260,000) oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA.

Keputusan tersebut dibuat susulan insiden penyokong Indonesia membaling botol ke dalam padang ketika aksi pusingan keempat kelayakan Piala Dunia 2026 antara Indonesia dan Iraq.

Ini disebabkan bukan saja ketidakpuasan hati penyokong terhadap beberapa keputusan kontroversi pengadil China, Ma Ning.

Malah, penyokong Indonesia berang dengan tindakan sesetengah pemain Iraq yang cuba melengah-lengahkan masa tatkala pasukan itu memburu gol penyamaan.

Situasi ini mendorong kapten Tim Garuda, Jay Idzes tampil menenangkan penyokong yang hadir dalam aksi tersebut.

Keputusan tersebut bukan saja memusnahkan impian Indonesia untuk layak ke Piala Dunia 2026. Malah, ini mengakibatkan PSSI memilih berpisah dengan legenda Belanda, Patrick Kluivert.

Selain Indonesia, dua tonggak utama pasukan itu, Shayne Pattynama dan Thom Haye juga dikenakan hukuman oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA.

Pattynama dan Haye masing-masing dikenakan denda 5,000 Swiss franc (RM25,000) dan penggantungan empat perlawanan.