Skuad kebangsaan Indonesia bakal menghadapi Chinese Taipei selepas penarikan diri Kuwait untuk aksi persahabatan pada September.
Sebelum ini, pasukan Garuda dijadualkan bakal bertemu skuad kebangsaan Kuwait namun negara tersebut telah menarik diri beberapa hari lepas.
Indonesia bakal membuat persiapan untuk aksi pusingan keempat Piala Dunia 2026 yang akan berlangsung di Arab Saudi pada Oktober ini.
Skuad tersebut telah memanggil seramai 27 pemain untuk melapor diri ke kem latihan Indonesia bagi aksi persahabatan pada September menentang pasukan Chinese Taipei dan Lubnan.
Chinese Taipei turut bakal melakukan persiapan untuk aksi kelayakan Piala Asia 2027 pusingan ketiga pada Oktober ini.
Skuad julukan blue wings itu bakal menerima tentangan Thailand di Stadium Rajamangala pada 9 Oktober 2025 bagi aksi ketiga peringkat kumpulan kelayakan Piala Asia 2027 pusingan ketiga tersebut.
Menurut sumber Seasiagoal, Indonesia bakal bertemu Chinese Taipei pada 5 September dan Lubnan selang 3 hari.