Selepas gagal layak ke Piala Dunia 2026, Indonesia kini memiliki sasaran baharu iaitu Piala Dunia 2030.
Hasrat tersebut dizahirkan Presiden Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir. Ini selepas Tim Garuda gagal melepasi pusingan keempat kelayakan.
Meskipun terkandas di peringkat tersebut, Erick tetap melihat pencapaian Indonesia kali ini sebagai satu pencapaian membanggakan.
Ini kerana ini kali pertama Indonesia melepasi peringkat berkenaan dalam sejarah bola sepak negara itu.
“Terima kasih juga untuk seluruh penyokong, pemain, keluarga dan pegawai yang sudah berjuang dan memberikan dukungan untuk Timnas Indonesia yang bisa mara hingga pusingan keempat Kelayakan Piala Dunia 2026 yang merupakan sejarah dalam dunia bola sepak Indonesia,” katanya di Instagram.
Erick turut memaklumkan PSSI sudah membuat penilaian terlebih dahulu tentang potensi sasaran Indonesia yang seterusnya.
Atas sebab itu, beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan Indonesia melihat pasukan itu layak ke Piala Dunia 2030 dan 100 pasukan terbaik FIFA.
“Kita akan melakukan penilaian dan menentukan sasaran bagi Timnas Indonesia berikutnya untuk bisa masuk ranking 100 pasukan terbaik FIFA, Piala Asia 2027 dan Piala Dunia 2030,” ujarnya.
Indonesia kini mengalihkan fokus untuk persiapan menghadapi saingan Piala Asia 2027.