Indonesia Tumbangkan Skuad Chinese Taipei
MakanBola
TIMNAS INDONESIA

Indonesia berjaya menundukkan skuad Chinese Taipei dengan keputusan 6-0 bagi aksi persahabatan pada Jumaat.

Skuad Garuda membariskan penjaga gol dari Serie A, Emil Audero dan Rizky Ridho menggalas tanggungjawab sebagai ketua pasukan manakala Ramadhan Sananta menjadi ayam tambatan skuad tersebut bagi aksi ini.

Sementara itu, pasukan Chinese Taipei menurunkan Chiu lin Huang sebagai penjaga gol dan Chia Huang Yu untuk mengemudi jentera serangan bagi merobek gawang pasukan Indonesia.

Skuad Garuda memulakan perlawanan dengan begitu garang apabila berjaya mendapat jaringan seawal minit ke 4′ menerusi Jordi Amat.

Selepas itu, Indonesia terus menyerang kubu pasukan pelawat, Chinese Taipei bagi mencari gol tambahan untuk membawa pulang kemenangan skuad tersebut.

Indonesia berjaya menambah jaringan tambahan hasil jaringan sendiri pemain Chinese Taipei, Ming Hsiu Chao pada minit ke 23′.

Berselang 10 minit, pemain Persib Bandung, Marc Klok meneruskan derita skuad Chinese Taipei dengan menjaringkan gol ke 3 pada minit ke 33′.

Eliano Reijnders melengkapkan separuh masa pertama perlawanan dengan gemilang apabila meledak jaringan ke 4 pada minit ke 38′ bagi memastikan skuad Garuda mendahului perlawanan dengan baik.

Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan keputusan 4-0 memihak kepada pasukan tuan rumah, Indonesia.

Bersambung babak kedua perlawanan, skuad tuan rumah, Indonesia terus mengasak kubu pasukan Chinese Taipei bagi mencari jaringan tambahan.

Indonesia berjaya meraih gol ke 5 menerusi pemain berkelana di Liga Malaysia musim ini iaitu Ramadhan Sananta pada minit ke 58′.

Berselang dua minit, Sandy Walsh terus mematikan langkah skuad Chinese Taipei dengan meledak jaringan ke 6.

Memasuki minit ke 80′ skuad Indonesia masih mendahului perlawanan dengan 6 jaringan di hadapan meskipun skuad Chinese Taipei melakukan beberapa percubaan ke gawang skuad Garuda.

Perlawanan tamat dengan keputusan 6-0 memihak kepada pasukan tuan rumah, Indonesia.