Malaysia berpeluang untuk memintas ranking Vietnam pada aksi ketiga Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027.
Skuad kendalian Peter Cklamovski cemerlang selepas tidak tewas dalam lima perlawanan yang diharungi bagi tahun 2025.
Terbaru, Harimau Malaya melakar dua kemenangan bermakna ke atas Singapura dan juga pasukan ke-98 dunia, Palestin dengan keputusan 1-0 pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, 8 September 2025.
Malaysia kini menduduki tangga ke-123 dunia dengan 1148. 23 mata dan berpeluang untuk memintas kedudukan jaguh Asia Tenggara, Vietnam sekiranya melakar dua kemenangan ke atas Laos, Oktober ini.
Harimau Malaya berpeluang untuk meraih tambahan +6.78 mata bagi satu perlawanan (13.56 mata) untuk dia aksi sekali gus bakal meraih 1161.79 mata.
Malaysia memiliki peluang cerah jika nasib tidak memihak kepada pasukan kendalian Kim Sang-sik sekiranya dikejutkan oleh pasukan ke-176 dunia, Nepal.
Vietnam berisiko untuk kehilangan sekitar -18.02 mata (36.04 mata) bagi dua perlawanan jika tewas (1133.88 mata) – membuka peluang untuk melaysia berada pada kedudukan lebih baik.
Berdasarkan ranking FIFA semasa, Thailand kekal selaku ‘raja ASEAN’ di tangga 101 dunia, disusuli oleh Vietnam (114) dan Indonesia (119).
Malaysia akan bertemu Laos pada 9 dan 14 Oktober sementara Vietnam bakal menentang Nepal juga pada hari sama jam 8.00 malam.