Bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sabah, Irfan Fazail sedia galas tugas sebagai pemain penting bagi Skuad The Cops musim 2025-2026.
Irfan Fazail yang berhijrah dari kelab Sabah ke PDRM bagi menghadapi saingan Liga Super musim ini berharap mampu bantu skuad PDRM dengan pengalaman yang ada sepanjang beraksi di Liga Malaysia.
“Alhamdulillah tahun ini saya dapat bersama pasukan PDRM dan untuk saya sendiri dapat sedikit sebanyak membantu pasukan saingan Liga pada tahun ini.”
“Yang mana kita tahu PDRM ramai menggunakan anggota polis sendiri jadi saya sebagai pemain luar akan cuba membantu dari segi pengalaman yang ada saya akan berkongsi dengan pemain-pemain yang sedia ada.”
“Kebetulan ayah saya merupakan bekas polis juga jadi saya mengambil tawaran ini bagi membanggakan ibu ayah saya sebagai pemain PDRM.”
“Untuk saya, selagi saya masih mampu untuk bersaing dalam Liga utama bolasepak Malaysia saya akan berusaha sedaya upaya untuk teruskan karier saya sebagai pemain bolasepak.”
Untuk makluman, Irfan Fazail pernah menyarung jersi kebangsaan Malaysia iaitu melakukan debut pertama pada 6 September 2016 dengan jumlah terkumpul penampilan sebanyak 4 kali.
PDRM bakal membuka tirai perlawanan Liga Super musim 2025-2026 dengan menentang pendatang baharu Brunei di tempat sendiri sebelum bertemu Skuad Penyu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu bagi aksi kedua Liga Super.